Siapa sangka, dahulunya Kota Samarahan atau nama asalnya Pekan Muara Tuang lebih dikenali sebagai tempat "Jin Bertendang" Tapi kini Kota Samarahan ada tempat "Orang Rajin Bertandang"
Nama Muara Tuang di ambil dari kedudukan di antara dua buah sungai iaitu Sungai Tuang dan Sungai Samarahan.
Sebelum menjadi Daerah, Kota Samarahan
Bermula
sebagai sebuah Daerah Kecil di bawah pentadbiran Daerah Kuching,
Daerah Samarahan pada ketika itu dikenali sebagai Daerah Kecil Muara
Tuang yang ditadbir oleh seorang Native Officer (Pegawai
Tadbir Sarawak). Pejabat Daerah Kecil Muara Tuang merupakan pusat
pentadbiran yang terawal di Daerah Samarahan dan dibina pada tahun 1983Nama Muara Tuang di ambil dari kedudukan di antara dua buah sungai iaitu Sungai Tuang dan Sungai Samarahan.
Sebelum menjadi Daerah, Kota Samarahan
![]() |
Perkampungan Muara Tuang 1967. Bermula sebagai perkampungan berpendudukan sederhana dan terletak di pinggir sungai |
Sebagai
sebuah pekan kecil, ketiadaan infrastruktur jalan yang baik serta
menggunakan sungai sebagai laluan utama menyebabkan Daerah Kecil Muara
Tuang berada di dalam keadaan serba kekurangan. Pergabungan Daerah Kecil
ini dengan Daerah Kecil Nonok telah membuka satu lembaran baru bagi
Kerajaan untuk memajukan kawasan tersebut
Tanggal 19 Ogos 1983, Daerah Kecil Muara Tuang telah dinaiktaraf kepada Daerah
baru iaitu Daerah Samarahan. Pejabat Daerah Samarahan yang diketuai
oleh Pegawai Daerah Samarahan bertanggungjawab dalam mentadbir Daerah
ini. Daerah Samarahan berkeluasan 407.08 km persegi dengan jumlah penduduk seramai
58,800 orang (Sumber : Anggaran Penduduk 2009, Buku Tahunan Perangkaan Sarawak 2009).
Lokasinya
yang strategik iaitu hanya 32 km dari Bandaraya Kuching serta
peranannya sebagai Ibu Pejabat Bahagian Samarahan pada ketika itu, telah
menyebabkan Daerah Samarahan dilimpahi dengan pelbagai bentuk
pembangunan sehingga ke hari ini.