Wednesday, February 7, 2024

Bagaimana Simunjan mendapat nama?


Pekan Simunjan terletak di daerah Simunjan dalam Bahagian Samarahan. Jarak antara Bandaraya Kuching kira-kira 90 km(anggaran 1 jam 30 minit) melalui Lebuhraya Pan Borneo dan 111 km merentasi Jambatang Batang Sadong melalui jalan pesisir Bahagian Samarahan(anggaran 2 Jam 15 minit).

 “Boiler” untuk aktiviti perlombongan
arang batu semasa pemerintahan British
Wujudnya nama Simunjan bermula apabila sebilangan penduduk dari kampung Ensengei berhijrah ke sini. Pekerjaan mereka pada waktu itu kebanyakannya sebagai pelombong arang batu. 

Pada suatu hari, ketika mereka hendak menyalakan mancis untuk membakar arang batu, mancis yang digunakan agak lembab atau dalam loghat tempatan “semun” akibat terkena hujan.

Dari peristiwa  tersebut maka penduduk menamakan kampung tersebut dengan menggabungkan perkataan “semun” dan “hujan” dijadikan Semunjan atau Simunjan.

Sebenarnya ada satu versi lagi bagaimana Simunjan mendapat nama. Seorang pedagang Cina membawa tembakau dan garam. Tembakau dalam bahasa Cina bermaksud "Jan".

Perbuatan pedagang Cina menjemur tembakaunya dalam keadaan cuaca mendung menyebabkan seorang pemuda Melayu berkata sambil tersenyum,"Semun Jan itu nanti".

Perkataan tersebut di dengar orang ramai yang turut berada di situ dan meniti di bibir orang-orang kampung. Bermula dari itu maka wujudlah nama Simunjan.

Namun bagi warga tempatan, replika sepasang burung Munjan dipercayai penyumbang kepada munculnya nama Simunjan pada masa sekarang. Tapi di mana relevannya kewujudan spesis ini?

Atau ada kisah lain bagaimana Simunjan mendapat nama. Sila kongsi bersama jika ada fakta lain yang boleh dikaitkan bagaimana Pekan Simunjan mendapat nama.

Replika sepasang burung Munjan


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment