Sunday, November 3, 2013

Asal Usul Nama Kampung Jemukan

Pada awal tahun 1920, Kampung ini mula diterokai oleh Haji Kahar. Menurut cerita orang tua-tua, ada di antara penghuni terawal kampung ini telah melarikan diri dari ancaman lanun di kampung asal mereka. Semasa menyusuri persisiran pantai menggunakan perahu, mereka singgah dan terus membina penempatan awal di kawasan yang berhampiran dengan Laut Cina Selatan.

Nama Jemukan” adalah nama yang diberikan sempena dengan singkatan dari perkataan “ Jemu makan ikan”. Kononnya pada masa dahulu kawasan ini adalah merupakan lubuk pelbagai jenis ikan.

Disebabkan jumlah ikan yang terlampau banyak, penduduk kampung merasa jemu untuk memakan ikan. Lalu jadilah Jemukan.

Ada juga cerita lain menyatakan ia berasal dari perkataan menjemur ikan. Jemur Ikan maka jadilah Jemukan.


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment