Monday, February 9, 2015

Anak Jati Sarawak harus tahu perkara ini



Sebagai  anak kelahiran Sarawak, sudah semesti  kod 13 atau 52 akan tertera pada kad pengenalan anda. Adakah ini cukup menyatakan yang anda adalah anak jati Sarawak. Jawapannya tidak! Kenapa? Kerana Kod ini hanya menandakan anda telah dilahirkan di Sarawak

Cuba anda perhatikan bahagian bawah sebelah kanan kad pengenalan anda. Perhatikan huruf tunggal "K" jika ada di situ. Kalau ada, Tahniah! anda adalah anak jati Sarawak dan mempunyai hak keistimewaan, bebas keluar masuk Sarawak tanpa memerlukan "passport".

Huruf ini (K), bermakna Sarawak adalah sebuah Wilayah atau Negara seperti yang terkandung dalam MA63 point 18/20.

Jika anda di lahirkan di Sarawak, ibubapa anda adalah warga Sarawak atau salah seorang dari mereka warga Sarawak, segera ke Jabatan Pendaftaran Negara dengan membawa sijil lahir kedua ibubapa anda untuk mendapatkan huruf "K".

Bagaimana pula jika anda anak jati Sarawak tetapi anak  anda di lahirkan di luar Sarawak tetapi pasangan anda bukan warga Sarawak? 
Anak anda tetap layak mendapat hak keistimewaan tersebut.

Ingat, jangan memandang mudah perkara ini. Ketiadaan huruf "K" pada kad pengenalan anda bermakna anda adalah Pelancong Asing yang datang ke negara orang lain. Anda terpaksa memohon pasport atau pas lawatan sosial untuk ke Sarawak. 

Sila kongsi untuk kebaikan kita sebagai Anak Jati Sarawak
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment