Sunday, May 31, 2015

Gudang dikaitkan dengan Kewujudan Gedong



Di percayai Kewujudan Kampung Gedong adalah sekitar 1,000 tahun yg lampau. Kisahnya bermula apabila masyarakat nomad mula berhijrah telah menjumpai kawasan tanah yang sesuai untuk tanaman padi.

Perkataan Gedong di percayai berasal dari perkataan "Gudang" dan Sungai Batang Sadong. Pada waktu itu, Gudang merupakan tempat untuk menyimpan hasil padi, walaubagaimanapu ia telah dirampas oleh kumpulan lanun untuk menyimpan harta karun mereka.

Terdapat bukti kebenaran tentang sejarah ini kerana penduduk kampung telah menjumpai beberapa artifak lama. Kebanyakannya telah dihantar ke Muzium Negeri Sarawak.

Dipercayai, masih terdapat peninggalan harta karun yang terkumpul di gudang ini seperti tembikar, syiling emas dan perak, bunga emas dan pinggan mangkuk yang berharga. Sehingga kini, tapak bekas peninggalan gudang tersebut masih wujud. 

Sejarah juga membuktikan bahawa gedung simpanan tersebut terletak di Ujud Bungin iaitu di Sungai Batang Sadong. Daripada peristiwa itu, penduduk-penduduk mendapat ilham untuk mencantumkan dan memendekkan perkataan "Gudang" dan "Sadong" menjadi Gedong. Semenjak itu, kampung ini diberi nama Kampung Gedong.

Dipercayai, penduduk asal Kampung Gedong adalah berketurunan Melanau. Sehingga kini masih terdapat bekas tapak penempatan mereka di Lubuk Melanau yang terletak tidak jauh dari tebing sungai di kampung.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment