Pada asalnya, Kampung Sambir dikenali sebagai Kampung Pandang Sari. Ia mula di terokai oleh seorang pengembara dari Kelaka, Saribas, iaitu Jenal Abidin.
Beliau yang dikenali sebagai Tok Jenal telah membuka perkampungan tersebut bersama-sama rakan-rakannya pada tahun 1628.
Memandangkan persekitaran kampung pada waktu itu saujana mata memandang.sungguh memukau dan terletak di tepi laut, maka Tok Jenal dan pengikut-pengikutnya menamakan kampung tersebut sebagai “Pandang Sari”.
Tok Jenal bersama beberapa orang rakannya mengusahakan tanaman padi sebagai sumber makanan utama.
Selang beberapa tahun kemudian, nama Padang Sari di tukar kepada Kampung Sambir. Ia diambil berasaskan nama bekas untuk menyimpan padi yang telah dituai.
Nama Sambir mula meniti di bibir penduduk kampung dan dirasai amat sesuai.
Maka bermula dari itu, mereka sebulat suara bersetuju menamakan penempatan mereka sebagai Kampung Sambir.