Sejarah awal KampungNiup dipercayai bermula dari sebuah penempatan kecil yang dikenali sebagai Kampung Nangka. Dari mana nama kpg Nangka dapat nama? Itu cerita lain. Di sebabkan aktiviti penerokaan tanah untuk bercucuk tanam, sebahagian penduduk berhijrah ke kawasan baru di sebelah hulu yang belum di beri nama.
Sepanjang mereka berkayuh menggunakan sampan, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, nyaman sungguh rasanya. Memandangkan penempatan baru tersebut masih belum ada nama, dinamakan tempat tersebut sebagai “Niup” bersempena angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa ketika mereka menaiki perahu.