Kampung Iboi terletak di daerah kecil Sadong Jaya di bawah pentadbiran daerah Asajaya, Samarahan. Ia merupakan sebuah perkampungan Melayu yang mempunyai minoriti penduduk berketurunan Bugis.
Pengaruh Bugis agak kuat di sini sehingga sebuah masjid di kampung ini diberi nama Masjid Al-Bugisiah.
Bagi komuniti Bugis, tidak sah jika nasi yang di gelar "Burasak" turut diperkenalkan di sini. Lazimnya ketika menjelang aidilfitri, inilah antara menu utama yang biasa dihidangkan. Berlainan dengan masyarakat melayu, yang biasa dengan lemang atau pun ketupat.
bahan-bahan untuk membuatnya mudah sahaja iaitu, "berrek"(beras), "santang"(santan), "waie"(air) dan "fejje"(garam).
Ia di masak secara separuh terlebih dahulu supaya proses pembalutannya kelak menjadi senang.
![]() |
Burasak yang telah disiap di masak |
![]() |
Setelah di leraikan dari ikatan |
![]() |
Ia boleh dimakan mengikut selera anda |
Sejarah kedatangan kaum Bugis di Samarahan bermula dengan perahu layar. Mereka pada suatu ketika dahulu cukup terkenal dengan kehandalan sebagai Pelaut. Mereka merantau dan berdagang menjelajah ke serata tempat.
![]() |
Kapal Pinisi buatan orang Bugis yang terkenal sejak dulu kala dipakai untuk menjelajah dunia. |
Di Singapura mereka memborong dan akan berdagang bermula dari pasar Chekor, Sematan, Santubong, Muara Tebas dan Muara Tuang.
Kian hari pelayaran mereka semakin jauh sehingga tiba di Batang Sadong. Di Sadong, hasil jualan mereka amat lumayan dengan kewujudan desa baru iaitu Pendam(Sadong Jaya).
Maka di situlah mereka memulakan penghidupan baru mereka sehingga ke hari ini.
Dalam sejarah Indonesia ada menyatakan, orang Bugis yang terkenal dengan kapal Pinisi, telah menjelajah perairan di nusantara hingga ke Madagaskar di Afrika pada abad ke- 2, abad ke-4 dan abad ke-10. Orang Bugis sewaktu Empayar Sriwijaya, telah berlayar hingga ke Australia dan Afrika pada abad ke-17.
Maksudnya, mereka telah mendahului orang Inggris yang baru tiba di Australia sekitar tahun 1788.
Kg. Moyan ada keluarga bugis.. tapi minoriti
ReplyDelete