Sunday, February 15, 2015

500 tahun Samarahan bergelar negeri


Sultan Brunei telah memerintah negeri Samarahan selama lebih 500 tahun iaitu bermula pada kurun ke - 13. Penempatan awal negeri Samarahan bermula di sepanjang Sungai Sadong. Pada waktu itu, Gedong merupakan sebuah pusat pendatdbiran kerajaan negeri Samarahan.
Kelemahan pemerintahan kerajaan Brunei telah menyaksikan perluasan kuasa oleh keluarga Brooke bermula dengan penyerahan Kuala Samarahan pada tahun 1846. Pada tahun 1853, Negeri Samarahan telah di serahkan sepenuhnya kepada James Brooke.
Di bawah pemerintahan Brookes, Kawasan Simunjan dan Serian di gabung membentuk daerah Sadong di bawah satu pentadbiran yang berpusat di Simunjan dengan nama Daerah Sadong pada tahun 1901.
Pada tahun 1955, Serian di keluarkan dari daerah Sadong membentuk daerah baru di kenali sebagai Daerah Serian manakala Daerah Sadong di tukar kepada nama Daerah Simunjan.
Setelah merdeka, di dalam pemerintahan Malaysia, Kini Samarahan telah di isytiharkan sebagai sebuah daerah dan sebuah pusat pentadbiran bahagian yang kelapan di Negeri Sarawak dengan menggabungkan empat buah daerah iaitu Samarahan, Serian, Simunjan dan Asajaya. Manakala Tebedu dalam daerah Serian dan Sebuayau di bawah daerah Simunjan.
Dengan penggabungan ini, keluasan daerah Samarahan adalah kira-kira 4,967.45 kilometer persegi.
Kita patut berbangga kerana Samarahan merupakan Daerah yang paling cepat membangun berbanding dengan daerah lain yang ada di Sarawak.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment