Tuesday, March 1, 2016

3 Sekeluarga Rentung


29 Februari - SAMARAHAN : Tiga orang rentung dan meninggal dunia dalam kebakaran di Rumah Kedai, Tingkat tiga, Kota Samarahan tengahari tadi.
Menurut laporan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, mangsa dikenalpasti Saruji Arip 42 tahun, isteri Saidatul Farhanah Mohd Yusuf, 29 tahun serta seorang budak lelaki Mohd Norhaqimi Mohd Ziqri Zairi, 3 tahun.
Laporan diterima dari Balai Polis Kota Samarahan pada pukul 12.30 tengahari tadi ke kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan.


Walaubagaimanapun, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tuan Nor Hisham Mohammad memberitahu pemberita selepas membuat tinjauan sendiri tengahari tadi di tempat kejadian ketiga-tiga mangsa ditemui di dalam bilik dan pemerhatian awal kes tersebut mereka perlu melibatkan penyiasatan penuh dari pihak Polis Diraja Malaysia dan JBPM sendiri.
Katanya, ia bagi mengelak penyiasatan awal terganggu jika tidak disiasat di peringkat ini.
Jelasnya lagi, mereka perlu bekerjasama dari semua aspek termasuk punca kematian dan bagaimana kebakaran boleh berlaku.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment