Friday, April 15, 2016

Hilang ketika berburu



Kota Samarahan, 15 April 2016 : Kejadian berlaku semalam apabila mangsa, seorang lelaki berbangsa iban, Macham Ak. Dandi, 51, tidak pulang ke rumah membuatkan keluarganya risau.

Mangsa berasal dari Kampung Merdang Lumut dikatakan keluar berburu ke hutan pada 13 april 2016, pukul 10 pagi dan  sehingga petang semalam(14 april 2016) masih belum pulang ke rumah.

Pihak Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan menerima laporan dan terus ke lokasi kejadian pada pukul 8.56 malam mengalami kesukaran dalam operasi pencarian kerana hari telah pun gelap. Operasi akan disambung semula pada hari ini.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment