Monday, September 5, 2016

Kota Samarahan, medan selera terbesar di Sarawak



Mampu menampung seramai 3,000 orang dalam satu masa, medan selera ini bakal menjadi yang terbesar di Sarawak apabila ia siap kelak.

Medan Selera ini berada di komponen utama Aiman Street Mall dan ia merupakan tempat makan yang istimewa dan lain dari yang lain. Dengan keluasan 800 kaki panjang dan 80 kaki lebar, pembinaannya menelan belanja sebanyak RM5 juta.

Antara yang menarik yang bakal dipersembahkan kepada pengunjung kelak ialah persembahan muzik dan budaya yang akan diadakan setiap hujung minggu.

Terletak di lokasi yang strategik antara universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti teknologi mara (UitM), dan institusi perguruan kampus Tun Razak., harga makanan dan minuman di Medan Selera berkenaan adalah berpatutan dan mampu menampung lebih 20,000 keperluan pelajar, pensyarah dan kakitangan pusat ilmu terbabit.

Dalam merealisasi impian ini, pihak Aiman Properties Management Sdn Bhd menjalinkan kerjasama dengan pihak Majlis Daerah Samarahan.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment