Tuesday, January 10, 2017

Kesesakan Trafik akan diatasi dengan kadar segera


Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) akan mengatasi masalah kesesakan trafik yang teruk dihadapi pengguna di kawasan ini terutama pada waktu puncak.

Pengerusi MPKS Datuk Peter Minos berkata bagi tujuan itu beliau akan berjumpa dengan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof bagi membincangkan pendekatan terbaik mengatasi masalah ini.

“Saya mengakui bahawa masalah kesesakan trafik di kawasan Kota Samarahan ini semakin teruk kesan daripada pertumbuhan pesat pembangunan serta peningkatan populasi penduduk.

“Masalah ini bukan sahaja menghantui penduduk dan pengguna di kawasan ini malah saya sendiri sebagai pengerusi MPKS juga terpaksa melalui kesesakan setiap hari untuk ke pejabat.

“Atas sebab itu, kami di MPKS akan cuba mengatasi masalah ini dengan bantuan daripada Menteri Kerja Raya, apakah langkah-langkah terbaik yang boleh kita ambil bagi mengatasi masalah ini,” katanya.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment