Wednesday, August 16, 2017

Sejarah Kampung Sungai Mata


Kampung Sungai Mata telah wujud dua ratus tahun yang lalu dan dihuni oleh penduduk berbangsa Melayu 95% dan bangsa Cina 5% pada ketika itu. Menurut Ketua Kaum Kampung, Tuan Haji Elen bin Mustapha, nama Kampung Sungai Mata adalah dari sebatang sungai iaitu Sungai Mata yang panjangnya kira-kira 5km dari Batang Samarahan. Penduduk  Kampung Sungai  Mata berasal  daripada  penduduk yang berpindah dari sekitar  serian dan samarahan.

Taraf kehidupan pada waktu itu amat susah kerana mereka hanya bergantung sepenuhnya  kepada aktiviti pertanian dan nelayan. Sesetengahnya pu;a mengambil upah memotong rumput di kebun cina kebun di sekitar kampung dan Telok Sabangan. Pada waktu itu, untuk ke kuching kena menaiki  perahu dan berdayung  selama 2 hari mengikut  waktu air pasang dan surut. 


Sejarah Ketua kaum bermula pada tahun 1950 apabila Encik Seli bin Jelan telah dilantik sehingga tahun 1969. Pada tahun 1970, Tuan Haji Usuf bin Keria telah mengambil alih  sebagi ketua kaum di kampung Sungai Mata sehingga tahun 1996. Ketika itu penduduk-penduduk kampung Sungai Mata masih menggunakan jalan sungai. Semua kemudahan jalan raya, air paip dan elektrik masih 

Pada tahun 1997, Tuan Haji Adot bin Pok mengambil alih tugas bermula 1 Januari 1997 sehingga 26 Mei 2003 dan dinaikan  ke jawatan penghulu sehingga 1 Ferbuari 2011. Selepas itu diganti pula oleh Tuan Haji Elen bin Mustapha yang dilantik sebagai ketua  kaum   Kampung Sungai Mata yang baharu. Untuk   makluman, Kampung Sungai Mata mempunyai seorang penghulu dan ketua kaum.       


Setelah sekian lama kampung ini sukar dihubungi, Pada tahun 1990 jalan telah dibina melalui dari  pangkalan feri Kota Samarahan dan projek bekalan elektrik dan air dimulakan dan kini kampung Mata juga boleh dihubungi melalui jalan darat sepenuhnya.

SK Mata Parang
Ketika itu jugalah Sekolah Rendah Kerajaan Sungai Mata dan Sekolah Rendah Kerajaan Kampung Tanjung Parang diroboh dan digabung menjadi Sekolah Kebangsaan Mata Parang. Ia tersergam indah dan terletak di antara Kampung Sungai Mata dan Kampung Tanjung Parang. Populasi penduduk kampung telah meningkat kepada 1105 orang  pada tahun 2014 dan 100%  berbangsa melayu.

Sumber  : Ketua Kaum Kampung Sungai Mata
               (Tuan Haji Elen bin Mustapha)

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment