Wednesday, July 20, 2022

Perbezaan Dialek Ranto Laut dan Dialek Melayu Utama Sarawak

 Dialek Melayu Sarawak secara amnya terbahagi kepada 4 bahagian :


1.Dialek Utama

Dialek ini biasa kita dengar kalau berada di area bandar-bandar dan digunakan secara meluas untuk berkomunikasi antara kaum. Biasa digunakan untuk orang berFB atau Berblog. Dialek ini diguna secara meluas untuk Bahagian Kuching, Bau, Sematan, Sibu, Bintulu dan Miri.


2.Dialek Sarawak Bahagian Utara

Bunyinya didengar agak pekat. Lebih kurang campuran bahasa Brunei dan Sabah sikit. Dialek ini diguna secara meluas sekitar Lawas dan Limbang.


3.Dialek Sarawak diakhir huruf "E" 

Dialek ini agar sukar untuk terangkan kerana ia digunakan di lokasi antara kawasan dialek Sarawak Utara dan Dialek Utama. Di Kuching dialek ini biasa digunakan oleh Penduduk sekitar Kampung Tabuan manakala di Samarahan penggunaannya adalah di sekitar kampung Tambirat, Sebangan dan digunakan secara meluas di Simunjan. Perkataan yang diakhiri huruf "A" akan ditukar ke "E"


Contohnya :

a. Apa akan disebut "Ape".

b. Nama akan disebut "Name"


Tapi perlu diingatkan, bukan semua perkataan yang diakhiri huruf "A" ditukar ke "E",contohnya :

1. Dua, dalam dialek Sarawak ia disebut "Duak" dan tetap akan disebut "duak" bukannya "Due".

2.Ular, dalam dialek Sarawak ia disebut "Ula" dan tetap akan disebut "Ula" bukan disebut "Ule".


4.Dialek Rantau Persisir 

Dialek ini lebih dikenali sebagai dialek "Ranto Laut". Dialek ini digunakan secara meluas meliputi Bahagian Samarahan, Sebuyau, Spaoh, Pusa, Debak, Saratok, Roban dan Kabong.


Contohnya :

a. Apa akan disebut "Apo".

b. Nama akan disebut "Namo"


Untuk bahasa ranto laut, perlu diingatkan bukan semua perkataan yang diakhir dengan huruf A boleh ditukar dengan huruf O. Contohnya :


a. Nangga (dalam BM bermaksud lihat), ia tetap disebut "Nangga", bukan disebut "Nanggo"

b. Besar disebut besar, bukan beso.

c.Selepa(Selipar), ia masih disebut selepa bukan disebut Selepo.




Manakala untuk perkataan hujungnya diakhir ‘L’ seperti :


a.Mahal disebut "Mahai"

b.Bola, bahasa utama Sarawak disebut Bol, disebut "Boi" bukan disebut "Bolo"


Satu perkara lagi, jika hujung huruf nama anda diakhiri dengan huruf "L", jangan terkejut jika nama anda turut akan berubah. Contohnya ;


a. Saiful, nama kampung Sepul. nama ini akan bertukar menjadi "Sepui"

b.Tajol, nama ini akan bertukar menjadi "Tajoi"


Begitulah serba sedikit antara perbezaan dialek untuk bahasa Melayu Sarawak dengan dialek-dialek lain. Walaupun ia dalam satu bahasa, sebutannya ada sedikit perberbezaan mengikut lokasi.

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment