Saturday, August 13, 2022

Kisah di sebalik Stigang, Muara tuang


Suatu ketika dahulu Muara tuang atau kini lebih dikenali dengan nama Kota Samarahan mempunyai sebuah gunung yang terletak berhampiran Kampung Pangkalan Kuap. Tidak hairanlah jika suatu masa dahulunya nama gunung ini dikaitkan dengan buah durian kerana terdapat banyak pokok durian disini.

Bercakap tentang buah durian, al-kisah telah diceritakan oleh orang tua dulu-dulu, sesiapa yang ada pengalaman menunggu durian di sekitar kawasan gunung ini mesti pernah mendengar atau terserempat dengan lembaga bekepala seperti anak lesung. Ia dikenali dengan nama hantu gelungsung atau selungsung. Hantu ini mempunyai siku yang tajam macam kulit durian.

Hantu gelungsung amat gemar makan buah durian dan dikatakan suka mempersendakan orang yang menunggu buah jatuh dengan membuat bunyi seperti buah jatuh. Bila pergi ke lokasi, tiada buah yang jatuh atau mungkin buah tersebut telah dipungut oleh hantu tersebut. 

Sejauh mana kebenaran cerita ini, hanya mereka yang pernah mengalami pengalaman ini sahaja yang tahu.

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment