Assalammualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh...
Assalamualaikum,
hari ini 29/07/2013 bersamaan 20 Ramadhan - Gegaran terasa di sekitar
daerah samarahan Sekitar jam 2.15 petang tadi berlaku gegaran
dan bunyi kuat yang menggemparkan penduduk Samarahan...Bunyi yang agak
kuat berserta gegaran tersebut menyebabkan penduduk Samarahan
terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah punca kejadian tersebut...
Saya
sendiri ketika itu turut merasai gegaran tersebut. Pengalamanini amat
membingungkan itu kerana hingga waktu ini, belum ada punca sebenar
yang diketahui mengapa peristiwa tersebut berlaku dan langsung tidak ada
liputan dari pihak media.
Ada yang menyatakan
ianya berpunca daripada pengeboman batu yang dilakukan oleh pihak-pihak
tertentu untuk tujuan pembangunan di sekitar Samarahan...Ada jua yang
menyatakan ianya berlaku akibat gempa bumi di Sulawesi. Terlalu banyak spekulasi telah di keluarkan, namun sehingga
kini langsung tiada punca yang betul-betul sahih.
Apa yang pasti, penduduk di sekitar daerah Samarahan pernah mengalami pengalaman yang pelik iaitu ‘bunyi aneh dan menakutkan’ datang dari langit berlaku pada 11 dan 12 Januari tahun lepas.Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat
(7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia. Sejauh mana
kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut?
Apa yang pasti,setiap yang berlaku mesti ada sebabnya. Mungkin ianya
merupakan alamat atau petanda daripada Allah untuk kita
hamba-Nya.Wallahualam...Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...
Harus di ingatkan,Bumi kita kini sudah terlalu tua. Semakin hari dunia kita semakin
hampir kepada hari ke pengakhiran. Malahan sudah banyak tanda kiamat yang
boleh kita saksikan kini. Kembalilah kepada jalan yang diredhai
Allah, agar kita tidak menyesal di kemudian hari.
Bersempena bulan ramadan, bulan yang penuh dengan kemuliaan. Marilah kita sama-sama tingkatkan iman dan perbanyakkan amalan yang soleh. Tinggalkan yang sia-sia. Semoga kita semua di rahmati Allah.
Amin.
Wassalammualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh...