Monday, September 30, 2013

Perahu Tambang vs Feri vs Jambatan



“Apabila perkhidmatan feri berhenti pada waktu air surut, barulah kami memula operasi membawa motosikal mengikut giliran dan jadual yang telah ditetapkan mengikut zon,” kata salah seorang pengusaha perahu tambang di Sungai Samarahan.

Pendapatan mereka mencecah RM100 sehari jika paras air di sungai tersebut surut, tapi jika air pasang anggaran pendapatan mereka sekitar dalam rm30 ke rm40 sahaja. Kalau sebulan boleh cecah sehingga ribuan ringgit. Memang cukup lumayan. Tapi mereka cuma beroperasi 15 hari sahaja dalam sebulan kerana setiap perahu tambang waktu operasinya telah di bahagikan mengikut zon iaitu hulu dan hilir.

Waktu tidak beroperasi, alternatif lain akan dijalankan seperti berkebun dan menjala ikan untuk menambah pendapatan keluarganya.

Perusahaan perahu tambang telah wujud semenjak tahun 70-an lagi sebelum adanya perkhidmatan feri. Cuba bayangkan sekira jambatan telah siap di bina, bagaimana mereka hendak menyara kehidupan keluarga mereka?
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment