Sejarah Kampung Pangkalan Kuap telah bermula semenjak tahun 1829 lagi. Pada asalnya hanya terdapat beberapa buah rumah sahaja di Kawasan tersebut. Sik pasti juak sapa peneroka terawal, tapi dapat tauk dari mulut orang tua-tua dolok, peneroka terawal ialah Amin bin Tamit. Berketurunan Melayu dan beragama Islam.
Pada asalnya, kawasan tok merupakan tempat persinggahan orang dari daerah lain yang hendak ke kebun mereka yang terletak di tempat yang berhampiran. Mereka mula membina pondok sementara untuk berteduh.
Daripada pondok sementara sehinggalah di buat pangkalan untuk lebih memudahkan persinggahan. Nak di jadikan cerita macam nei kampung ya dapat nama, maka pada suatu hari datang singgah seorang pekebun yang berbangsa iban yang nak ke kebun duriannya.
Pada waktunya nak bukak bekal, datanglah seorang melayu melimpas. Terdengarlah si Melayu ya tek, perkebun ya bisin madah nasiknya berkuap. Walhal sebelum tok ok jak nasiknya. Konon-konon tek sapa makan nasik kat pengkalan ya, kompom berkuap. Dolok sungeinya besar tapi kinek tok dah semakin mengecil kerana kerap berlaku runtuhan tanah.