Pemandangan Pulau Seduku Dari Udara |
Oleh kerana saiz Batang Lupar yang bergitu besar dan merupakan sungai yang terbesar di Sarawak,tidak hairanlah Seduku boleh di ketegorikan sebagai sebuah Pulau di tengah sungai.
Pulau Seduku di lihat dari Imej Satelit |
Penduduk di sini telah wujud sejak 100 tahun dahulu dan pendapatan seharian mereka bergantung dengan hasil laut dan sungai dan bercucuk tanam.
Selain dari masalah sering di landa banjir, penduduk setempat merasa amat bimbang tentang populasi buaya yang semakin banyak.
Gambar sekadar hiasan |
Kebimbangan ini berakhir apabila sejak November tahun 2011, seramai 126 keluarga telah mula dipindah ke penempatan baru. Mereka telah diberi sebidang tanah serta sebuah rumah yang lengkap dengan kemudahan bekalan air dan elektrik.
Gambar di ambil sekitar tahun 2010 berlatar belakangkan Pulau Seduku |
menurut cerita nenek, pulau ni dibuat dibina semasa zaman jepun.. asalnya bukan pulau
ReplyDelete