Saturday, January 18, 2014

2 lemas ketika mencari kerang


Berikut kejadian pada rabu lepas, mangsa dikenali sebagai Riduan Ili berusia 52 tahun dan anak saudaranya Amir Shaari berusia 14 tahun. di khuatiri lemas ketika mencari kerang selepas di pukul ombak menyebabkan Riduan terjatuh ke dalam laut.
Amir kemudian segera terjun untuk menyelamatkan bapa saudaranya itu namun kedua-dua mereka hilang ditelan ombak.
Rakan-rakan mangsa kemudian terus ke darat untuk mendapatkan bantuan.

Operasi mencari dan menyelamat dua lelaki yang dikhuatiri lemas di laut berdekatan Kampung Jemukan, Asajaya diteruskan hari ini selepas usaha tersebut terpaksa ditangguhkan semalam.
Difahamkan, kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Sungai Ladong itu bersama lima lagi rakan mereka turun ke laut untuk mencari kerang pada hari Rabu lepas iaitu sekitar jam 7 pagi.
Operasi mencari mayat mangsa dimulakan pada hari itu juga dengan kerjasama dari pihak krt,jpa, nelayan kampung iboi dan pihak nelayan kampung sejaie.
Pada hari khamis 16 haribulan operasi mencari mayat mangsa masih diteruskan namun gagal menemui mayat mangsa,mudah mudahan pada hari jumaat ini mayat mangsa dapat dijumpai.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa oleh anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kemudian dijalankan sebaik sahaja menerima laporan berhubung kejadian itu.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment