Pada 27 & 28 disember ini bakal berlangsung Regata Samarahan 2014 bertempat di Tebingan Tanjung Bundong. Antara acara menarik yg bakal berlangsung ialah "Pump Ski" bermula seawal jam 9 pagi pada 27 Disember, Sabtu.
Di susuli pula pada sebelah petang dan keesokannya untuk kategori perlumbaan perahu acara saringan 7 pekayuh, 15 pekayuh, 20 pekayuh serta acara berprestij ‘raja sungai’ iaitu 30 pekayuh.
Antara perahu lumba tersohor di negeri ini yg akan menyertai ialah Sri Urai Putri Berkaya, Cahaya Zen, Puteri Balkis, Puteri Dang Balai, Puteri Maria, Landas dan Pusaka.
Turut serta, perahu Raja Laut, Jang, ADBH, Lang Buana, Cahaya Intan (Empila), Cahaya Hujan Panas (Tanjung Bundong), Sri Pakatt (Tambirat), Imbok (Landeh), Dewa, Sri Muara Tuang dan banyak lagi.