Walaupun sekolah ini terletak di pinggir jalanraya di Kota Samarahan, mungkin ramai antara kita tidak mengetahui tentang kewujudan sekolah ini dan di mana ia terletak. Sebab utamanya kerana ia adalah sebuah sekolah di dalam sekolah.
Pelik bukan? Hakikatnya, sejarah sekolah ini telah bermula seawal tahun 60-an lagi. Apabila ia telah di bina oleh seorang Paderi pada tahun 1963 namun di lokasi yang berbeza. Walaubagaimanapun pada tahun 2006 ia telah di roboh atas tuntutan oleh pemilik tanah.
Pada waktu ini, Sekolah Kebangsaan St. Martin atau nama ringkasnya SK St Martin menumpang di SK Jalan Muara Tuang, Jalan Dato Mohd Musa, Kota Samarahan.
Tahun demi tahun, keadaan ini telah memberi tekanan kepada guru-guru dan anak murid kerana berikutan keadaan dua buah sekolah terbabit semakin padat dengan pertambahan murid.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan II, P.Kamalanathan P.Panchanathan ketika lawatan kerja ke Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan pada julai tahun lepas, tapak untuk pembinaan sekolah ini telah di kenalpasti iaitu di kampung Merdang dan pembinaannya akan dipercepatkan.
Diharap berita gembira ini dapat dilaksana dengan secepat mungkin demi untuk memudahkan urusan persekolahan penduduk setempat.
Apa-apa pun semoga Sk St Martin dapat mencapai visinya pada tahun ini iaitu, "Menjadi Sekolah Perkasa Menjelang 2015".