Wednesday, February 4, 2015

Kampung Tebelu - udang kering segar


Kampung Tebelu terletak di Daerah Simunjan dalam Bahagian Samarahan. Dalam loghat tempatan, Tebelu di sebut Tebeluk. Kampung ini terletak lebih kurang 3 jam perjalanan dari bandaraya Kuching dan 20 minit sahaja dari Sebuyau. Kampung ini begitu popular dengan pengeluaran udang kering.

Sejarah penerokaan kampung ini telah bermula apabila seorang berbangsa Iban bernama Tablu menyusuri Laut China Selatan dan telah berhijrah ke kawasan ini. Hari demi hari bilangan penghuni menjadi semakin ramai dan terdiri dari kaum Melayu dan Iban. Kebanyakan orang Melayu lebih gemar tinggal di pinggiran sungai dan kaum Iban berhijrah ke hulu kerana mereka lebih gemar tinggal di kawasan yang berbukit. 


Disebabkan kampung ini masih belum ada nama, penduduk sepakat menamakan kampung ini sempena nama peneroka asal iaitu Tebelu. 

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment