Di Pangkalan Feri Samarahan kelihatan Para Peniaga sedang sibuk menjual hasil laut seperti udang dan ikan. Ada di antara mereka memulakan rutin harian seawal selepas Azan subuh dengan memborong hasil laut dari sekitar Semera.
Gerai menjual hasil laut dengan harga yang berpatutan |
Di sini biasanya udang hitam dijual dengan harga RM12 sekilogram manakala udang merah atau dalam dialek tempatan payak, lebih murah dengan harga RM6 sekilogram.
Bagi mereka yang berasal dari seberang sekitar Asajaya, ketika perkhidmatan feri masih belum beroperasi. Satu-satunya keputusan yang terpaksa dipilih ialah dengan menggunakan jalan jauh. Jika ditanya kepada pengguna motosikal untuk menjimat masa dan kos, mereka lebih gemar menggunakan perkhidmatan perahu pada waktu itu. Ada pula pernah mempunyai pengalaman motosikal terjatuh ke dalam sungai. Namun syukur, setakat hari ini belum ada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pengguna motosikal menggunakan perahu |
Penduduk dari Asajaya dan sekitar kawasan, mereka mempunyai dua pilihan untuk menyeberangi Batang Samarahan, samada menggunakan jalan darat tapi jauh atau menyeberangi sungai menggunakan feri. Oleh kerana perkhidmatan feri masa operasinya agak terhad, penduduk terpaksa memilih untuk menggunakan jalan darat.
Perkhidmatan feri di Batang Samarahan telah bermula lebih 30 tahun yang lalu. Pada waktu itu, ia adalah satu-satunya alternatif yang cepat kerana tiada jalan darat yang lain boleh digunakan. Kini dengan perkembangan ekonomi yang telah kian pesat membangun, penggunaan feri tidak lagi relevan kerana jumlah kenderaan yang semakin meningkat dan terpaksa menunggu giliran lebih lama.
Antara jalan darat atau menggunakan feri |
Lebih-lebih lagi kini penggunaanya bukan hanya terhad penduduk di sekitar Asajaya, malah dari Sadong Jaya, Simunjan dan Sebuyau.
Antara masalah yang sering terjadi ialah apabila air sungai surut. Pada waktu itu perkhidmatan feri tidak dapat beroperasi dan lebih menyulitkan lagi apabila berlakunya kes-kes kecemasan seperti ambulan yang membawa pesakit terpaksa menunggu untuk menyeberangi sungai ini.
Jumlah pengguna yang semakin meningkat |
Di harap dengan berita baik pemilikan tapak pada 30 januari lepas, dapat mengakhiri penderitaan Warga Samarahan dengan siapnya Jambatan Batang Samarahan pada Januari 2018 kelak. Insha-Allah.