Monday, August 10, 2015

Janise Then Peserta Bukan Melayu Pertama Mewakili Negara


Berasal dari Kota Samarahan, Janise Then Siaw Lian, 23, mencatat sejarah tersendiri apabila muncul sebagai peserta bukan Melayu pertama mewakili negara yang layak ke peringkat akhir pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2015.


Beliau merupakan pelajar jurusan undang-undang di Universiti Malaya (UM), bersama mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd Akmal Aizat Umar, 23, berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir selepas muncul antara tiga peserta terbaik dalam kategori Alam Melayu pada peringkat separuh akhir jumaat lepas.

Pada peringkat separuh akhir, Siaw Lian menyampaikan pidato bertajuk Makna Sebuah Perpaduan manakala Mohd. Akmal Izzat memilih tajuk Sengsara Dunia: Di Mana Silapnya?


Dua wakil negara itu bakal dibe­rikan saingan hebat oleh wakil Thailand, Awabeen Samsuding yang tu­rut melepasi halangan di peringkat separuh akhir menerusi pidato bertajuk Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.


PABM 2015 yang berlangsung selama lima hari bermula Khamis lepas telah disertai 71 peserta dari serata dunia dalam tiga kategori iaitu Alam Melayu, Antarabangsa dan PAM yang telah berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Sabtu lepas.

Dalam pertandingan tersebut beliau telah dinobatkan selaku naib johan.

1 comment:

  1. tahniah dan saya tumpang bangga dan gembira..Samarahan Boleh

    ReplyDelete