Tuesday, August 4, 2015

Misteri Simpang Bulatan Jelmaan Uni-Garden dan jalan yang bersimpang siur


Misteri simpang ini telah lama menjadi bualan serta tanda tanya kepada penduduk tempatan mahu pun mereka yang baru berkunjung di sini. Mengapa ia dibina sebegini rupa? Nak dikatakan bulatan tetapi ia terletak di pinggir jalan utama.


Kewujudan simpang ini sering mengundang bahaya kepada pengguna jalanraya tidak kira mereka yang menggunakan kenderaan mahupun pejalan kaki. 

kejadian kemalangan yang berlaku pada bulan lepas
Antara langkah keselamatan yang telah diambil oleh pihak berkuasa ialah dengan menutup sebahagian jalan ini. Diharap dengan tindakan ini dapat memudahkan pengguna serta menghindarkan kejadian yang tidak diingini berlaku lagi.

kerja-kerja penutupan jalan sedang giat dilakukan
Cuba lihat gambar di bawah. Tanda nombor 1 adalah jalan yang sedang diambil perhatian sekarang. Lihat pula jalan yang ditanda dengan nombor 2. 


Ini antara jalan lain yang perlu diambil perhatian. Arah perjalanan agak kelam kabut dan bersimpang-siur. Pengalaman admin memandu di sekitar kedua-dua jalan ini amat mencabar. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sesak. Siapa yang keluar dulu? dan siapa yang masuk dulu?



2 comments:

  1. Settle kan hal banjir lok admin..bok gago hal tok..tolong viral kan hal banjir kilat yg xda kesudahan..

    ReplyDelete
  2. Settle kan hal banjir lok admin..bok gago hal tok..tolong viral kan hal banjir kilat yg xda kesudahan..

    ReplyDelete