Monday, December 19, 2016

Najib rasmi jambatan terpanjang merentasi sungai di Malaysia


SADONG JAYA: Jambatan pertama terpanjang merentasi sungai di Malaysia, Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48 kilometer dengan kos RM231 juta sempurna dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Majlis perasmian yang dihadiri kira-kira 2,000 orang itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Turut hadir Menteri Muda Perancangan Sumber Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Datuk Talib Zulpilip, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris, ADUN Lingga Simoi Peri dan tetamu kehormat lain.

Pembinaan Jambatan Batang Sadong yang terletak di Kampung Sungai Buloh, Sadong Jaya adalah satu inisiatif kerajaan untuk memendekkan masa perjalanan dari daerah Asajaya/Sadong Jaya ke daerah Simunjan/Sebuyau.

Jambatan itu juga adalah salah satu jambatan yang penting bagi melengkapkan jajaran jalan pesisir pantai di Sarawak.

Projek itu telah diluluskan lanjutan program tinjauan mesra Perdana Menteri di Sarawak pada 2011.

Kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM231 juta untuk projek itu dan telah mula pembinaan pada Julai 2012 dan ia dibuka kepada orang ramai pada 16 Oktober 2016.

Dengan siapnya jambatan itu, pengguna tidak perlu menggunakan perkhidmatan feri bagi pergerakan merentasi sungai tersebut. - UB
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment