Thursday, April 20, 2017

Warga Simunjan bakal memiliki Stadium sendiri


Impian warga Simunjan untuk memiliki Stadium sendiri yang sebelum ini janji tinggal janji akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Fasa pertama iaitu proses penanaman rumput, pembinaan balapan dan sistem saliran telah pun siap sepenuhnya dengan kos bernilai RM1,908,000.


Projek Mini Stadium fasa kedua telah melalui pemeriksaan terakhir yang merangkumi pembinaan struktur fizikal Stadium Mini Simunja. Projek fasa kedua ini bernilai RM2,000,000 yang merangkumi pembinaan bangunan yang lengkap dengan tempat duduk, bilik persalinan dan lain-lain. Tinjauan di tapak projek telah dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris bersama pihak JKR Samarahan.




Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment