Wednesday, July 12, 2017

Tarikh Siap Jambatan Batang Samarahan Mungkin Dilanjutkan

KOTA SAMARAHAN: Projek pembinaan Jambatan Batang Samarahan yang dijangka siap Januari 2018 namun dijangka akan mengalami sedikit kelewatan.

Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, “projek ini mengalami sedikit kelewatan disebabkan terdapat beberapa masalah di tapak (pembinaan), sebahagian daripadanya diselesaikan termasuk masalah tanah yang melibatkan penduduk kampung”

kredit foto : http://parrotred.blogspot.my
Fadillah selepas melawat tapak binaan Jambatan Batang Samarahan pada Jumaat yakin dengan rekod kontraktor tersebut yang dipercayai mampu menyiapkan projek tersebut mengikut jadual.

Jambatan dua lorong dan dua hala sepanjang 774 meter merentangi Sungai Samarahan menelan kos RM93.88 juta.

Jambatan ini dipercayai akan memberi nilai tambah kepada sosioekonomi 70,000 penduduk setempat selain merancakkan pembangunan setempat.

“Setakat ini kemajuan projek ini telah mencapai 75 peratus dan kita akan memantau perkembangan projek ini,” kata Fadillah yang masih yakin projek tersebut dapat disiapkan mengikut masa dijanjikan.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment