Friday, October 6, 2017

Lelaki maut kemalangan motosikal bergesel di Kota Samarahan


KOTA SAMARAHAN: Wan Putera Wan Hamid, 55 tahun dari Kampung Bukit Berangan  maut  selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan bergesel dengan sebuah motosikal di Kilometer 13, Jalan Datuk Mohamad Musa, dekat sini malam tadi.

Menurut Timbalan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Deputi Superintendan Bingkok John, kejadian berlaku sekitar jam 10.05 malam apabila sebuah motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggang seorang lelaki berumur 26 tahun dari Kampung Seratau sedang bergerak dari Kota Samarahan menuju ke Kota Sentosa.

Mangsa dikejarkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak namun menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan.

“Penunggang motosikal yang satu lagi dan isteri mangsa yang berusia 59 tahun pula mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan bedah siasat mangsa dijadualkan pada jam 10 pagi tadi.

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment