Sunday, November 10, 2019

Kekerapan gangguan bekalan elektrik : SEB Mohon Maaf kepada penduduk Asajaya dan Sadong Jaya




Naib Presiden Sarawak Energy Berhad, Yusri Safri memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami penduduk2 Asajaya dan Sadong Jaya akibat kekerapan gangguan bekalan elektrik sejak beberapa bulan yang lepas. 

Sarawak Energy sedia maklum akan masalah gangguan bekalan yang sering dialami di Kawasan Sadong Jaya dan Asajaya

Masalah utama yang menyebabkan gangguan-gangguan tersebut adalah kerana bekalan ke kawasan tersebut disalurkan melalui talian overhead line yang panjang. Talian seperti ini mudah terdedah kepada gangguan seperti ribut petir, angin kencang yang menyebabkan pokok atau dahan jatuh menimpa talian,  dan haiwan liar. 

Di samping itu, terdapat juga gangguan lain seperti kerja-kerja binaan dan rempuhan tiang elektrik tepi jalan akibat kemalangan. 

Walaubagaimanapun, SEB mempunyai perancangan jangkamasa panjang untuk menangani masalah ini. Pihak SEB telah berbincang dgn YB Rubiah Wang beberapa minggu yang lepas dam memaklum kepada nya akan perancangan2 ini.

Sarawak Energy akan memasang dua kabel bawah tanah berkapasiti tinggi yang dijangka siap pada penghujung tahun 2020. Sebagai tambahan, Sarawak Energy juga akan membina pencawang 33kV di Asajaya yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2021. Kedua-dua projek ini, yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM37 juta, akan meningkat kualiti bekalan di kawasan Asajaya dan Sadong Jaya.

"Sementara itu, sebagai perancangan jangkamasa pendek, saya telahpun berbincang dengan jurutera2 kami di SEB dan kami akan membuat beberapa tindakan segera utk menangani masalah2 ini. Dalam minggu ini, kita akan membuat shutdown untuk memasang peralatan2 yang dapat mengurangkan kawasan2 yang mengalami gangguan, serta mempercepatkan pemulihan bekalan sekiranya berlaku blackout" kata Yusri Safri.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment