Monday, March 23, 2020

Insentif bulanan khas untuk petugas barisan hadapan tangani COVID-19 di Sarawak- Abang Johari



KUCHING: Petugas barisan hadapan yang terlibat dalam membantu pesakit dan menguruskan penularan wabak COVID-19 di negeri akan diberikan insentif bulanan khas selama enam bulan.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, insentif tu sebagai menghargai pengorbanan serta komitmen para petugas yang terlibat secara langsung.
Di bawah insentif itu katanya, seramai 6,232 doktor perubatan, jururawat dan petugas kesihatan  yang bertugas di hospital dan klinik di seluruh Sarawak akan menerima RM300 sebulan.
Manakala insentif sebanyak RM200 sebulan diberikan kepada 535 pegawai imigresen yang bertugas di pintu masuk di seluruh negeri.
Anggota polis seramai 3,395 orang dan pegawai Bilik Gerakan Negeri yang bekerja bagi memastikan keselamatan rakyat negeri juga akan menerima insentif RM200 sebulan.
“Insenstif yang sama sebanyak RM200 sebulan juga akan diberikan kepada 590 orang anggota tentera Malaysia (ATM) yang membantu polis termasuk 590 anggota RELA yang bekerja memastikan keselamatan kejiranan.
“Pendekatan ini akan memberikan kos sebanyak RM17.35 juta kepada kerajaan negeri,” katanya pada sidang media pengumuman Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang di Wisma Bapa Malaysia hari ini.
Bagi pegawai penguatkuasa di bawah pihak berkuasa tempatan pula, mereka menurut Abang Johari juga layak untuk insentif khas ini.
Tetapi katanya senarai bagi penerima insentif perlu dihantar kepada kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa tempatan masing-masing. 
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment