Monday, March 23, 2020

Bantuan khas RM500 bagi penjawat awam Persekutuan di Sarawak dibayar Mei ini

KUCHING: Kerajaan Negeri bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 kepada setiap penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri Sarawak pada tarikh lebih awal, iaitu pada Mei 2020.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia selaras dengan pengumuman Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak pada 4 Disember 2019.


“Bantuan tersebut akan diberikan kepada setiap 126,000 orang penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri Sarawak dan pembayaran akan dibuat pada Mei 2020 iaitu lebih awal dari bulan Jun 2020 seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini,” katanya.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment