Siapa pernah mengangka daerah Simunjan yang sinonim dengan masalah belakan air, mungkin adalah antara penyumbang utama pembinaan "The Palace of Westminster" yang terkenal dengan "Big Ben"nya di kota London hasil dari kekayaan buminya.
Suatu ketika dahulu, Simunjan merupakan salah satu penyumbang pendapatan negara England. Simunjan turut menjadi rebutan semasa pemerintahan Jepun dan Kolonial British dalam mengaut keuntungan bumi Simunjan yang penuh dengan hasil sumber kekayaan.
Pada zaman kolonial Inggeris, daerah ini cukup terkenal dengan pengeluaran arang batu. Kawasan perlombongan yang terletak di gunung Ngeli merupakan arang batu yang bermutu tinggi. Disebabkan rancaknya ekonomi pada waktu itu, ramai penduduk mendiami dan membuka penempatan baharu di sepanjang sungai untuk berkerja di kawasan perlombongan.
Selain dari "boiler"(Bekas kepala keretapi), kereta suar adalah antara tinggalan sejarah yang masih digunakan sekitar tahun 1960-an ke 1970-an. Oleh kerana pada waktu itu tiada kemudahan jalanraya, kereta suar dijadikan sebagai pengangkutan utama untuk keperluan harian dari gunung Ngeli ke Pekan Simunjan.
Kini kereta suar masih lagi terpelihara di kampung Sual dan sekali sekala masih digunakan untuk mengangkut padi dari sawah ke rumah panjang yang berdekatan.
Antara tokoh terkenal yang lahir di sini ialah Allahyarham Datuk Bujang Ulis, Bekas Timbalan Menteri Pelajaran dan Peninju Negara iaitu Sapok Biki, penyumbang pingat emas dalam temasya Sukan Komanwel pada tahun 1998.