Tuesday, January 23, 2024

Bagaimana Kampung Sungai Mata Mendapat Nama

 


Kampung Sungai Mata telah wujud dua ratus tahun yang lalu dan dihuni oleh penduduk berbangsa Melayu 95% dan bangsa Cina 5% pada ketika itu. Nama Kampung Sungai Mata adalah dari sebatang sungai iaitu Sungai Mata yang panjangnya kira-kira 5km dari Batang Samarahan. Penduduk  Kampung Sungai  Mata berasal  daripada  penduduk yang berpindah dari sekitar  serian dan samarahan.

Taraf kehidupan pada waktu itu amat susah kerana mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada aktiviti pertanian dan nelayan. Sesetengahnya pula mengambil upah memotong rumput di kebun cina sekitar kampung dan Telok Sabangan. Pada waktu itu, untuk ke kuching kena menaiki  perahu dan berdayung  selama 2 hari mengikut  waktu air pasang dan surut. 


Setelah sekian lama kampung ini sukar dihubungi, Pada tahun 1990 jalan telah dibina melalui dari  pangkalan feri Kota Samarahan dan projek bekalan elektrik dan air dimulakan dan kini kampung Mata juga boleh dihubungi melalui jalan darat sepenuhnya.


Ketika itu jugalah Sekolah Rendah Kerajaan Sungai Mata dan Sekolah Rendah Kerajaan Kampung Tanjung Parang diroboh dan digabung menjadi Sekolah Kebangsaan Mata Parang. Ia tersergam indah dan terletak di antara Kampung Sungai Mata dan Kampung Tanjung Parang. Populasi penduduk kampung telah meningkat kepada 1105 orang  pada tahun 2014 dan 100%  berbangsa melayu.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment