Tahun depan pendidikan seks untuk golangan remaja lelaki yang berumur 16 tahun ke atas akan dilaksanakan sebagai sebahagian usaha mengurangkan masalah sosial.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata modul pendidikan seks ini akan mensasarkan remaja lelaki yang berumur 16 tahu keatas untuk meningkatkan pengetahuan mereka menganai kesihatan reproduktif dan seksual
"Pelaksanaan modul tersebut kelak dapat membendung masalah sosial daripada terus membelenggu perkembangan sesebuah keluarga," katanya yang dipetik New Sunday Times.
Perkara ini telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail yang membacakan teks ucapan dari Datuk Seri Rohani.
Statistik kehamilan remaja luar nikah pada tahun 2013 sahaja telah mencatatkan lebih daripada 18, 000 kes dan angka itu amat membimbangkan
Kaji selidik itu dilakukan kepada remaja berusia antara 10 tahun sehingga 19 tahun.
Negeri yang mencatatkan kehamilan tertinggi adalah Sabah, Sarawak, Johor, Selangor, Perak dan Pahang.