Saturday, August 1, 2015

200 peserta menyertai kembara Jalur Gemilang 2015


Kota Samarahan - Sebanyak 30 buah kenderaan dan 200 peserta menyertai kembara Jalur Gemilang 2015 yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak.

Peringkat pertama pelepasan peserta konvoi telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri N19 Kedup YB Martin Ben di perkarangan Jabatan Penerangan Bahagian Serian pagi tadi.

Dalam upacara pelancaran tersebut beliau melahirkan rasa syukur kerana keamanan masih lagi dinikmati oleh masyarakat Malaysia amnya dan Sarawak khususnya. Tambah beliau lagi , generasi sekarang sewajarnya menghargai usaha dan pengorbanan orang dahulu yang inginkan kemerdekaan demi keluarga dan masyarakat.

" Kita masyarakat Serian khususnya harus menanam nilai patriotisme yang mendalam dalam jiwa kerana pembangunan yang dikecapi hari ini adalah hasil usaha dan pengorbanan nenek moyang kita yang inginkan kemerdekaan untuk generasi akan datang. Semaikan rasa cinta kepada negara dengan mengibar jalur gemilang di rumah, kedai , kenderaan dan premis perniagaan" ujar ahli Dewan Undangan Negeri N19 Kedup , YB Martin Ben.

Buktinya pembangunan seperti keperluan asas iaitu air, elektrik dan jalan raya telah dinikmati oleh masyarakat di Serian.

Keamanan yang dinikmati oleh masyarakat berbilang kaum di Sarawak mencerminkan perbezaan latar belakang agama dan kaum bukan penghalang kepada kita untuk mengecapi keamanan dan sewajarnya dikekalkan sehingga bila-bila.


Pelepasan yang kedua pada hari pertama di kampung Tebakang disempurnakan oleh Pegawai Daerah Serian, Encik Sinde Muling di Dewan 1 Malaysia Tebakang yang dihadiri lebih 300 penduduk tempatan. Beliau menyarankan agar penduduk kampung berusaha untuk mengekalkan keamanan yang dikecapi setelah sekian lama walaupun latar belakang agama dan kaum yang berlainan. Sempena bulan kemerdekaan beliau juga menyeru agar penduduk kampung bersama-sama mengibarkan jalur gemilang tanda semangat cintakan negara selain dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan anak muda.

Kempen Jalur Gemilang anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak merupakan acara tahunan yang mana pelancaran rasmi akan berlangsung pada 10 Ogos 2015 di Padang Merdeka Kuching.

Objektif konvoi kembara jalur gemilang adalah meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cintakan tanah air dalam kalangan rakyat berbilang bangsa. Selain itu konvoi ini juga bertujuan untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan di seluruh negara dan menanam sifat cintakan negara.

Antara aktiviti sepanjang konvoi adalah menyerahkan jalur gemilang kepada penduduk kampung sekitar Serian, mengedarkan risalah cintakan negara dan menyerahkan sumbangan kepada kakitangan penererangan kapung Tebakang yang kematian ahli keluarga.

Peserta konvoi telah melalui 20 buah kampung dan menyerahkan jalur gemilang kepada penduduk kampung sambil menyampaikan mesej bersama-sama memeriahkan kempen jalur gemilang sempena Sambut. -rtms
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment