Monday, August 3, 2015

Rombongan konvoi Kembara Jalur Gemilang 2015 tiba di Sebuyau


Sebuyau - Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2015, lebih kurang 1000 orang penduduk kampung di sekitar pekan Sebuyau membanjiri dewan Masyarakat Sebuyau untuk menyambut ketibaan peserta konvoi kembara Jalur Gemilang. 

Peserta Konvoi ini diketuai oleh Encik Helmy bin Hamid, Pegawai Penerangan Malaysia Sarawak dan disertai oleh penduduk setempat dan agensi kerajaan.

Bermula dari daerah Gedong, kembara ini telah berada di Sebuyau pada hari kedua (ahad) untuk sambutan kemuncak. 



Antara acara yang berlangsung semalam ialah tarian kebudayaan, nyayian patriotik, sumbangan bantuan kepada warga orang kurang upaya. Aktiviti seperti ini amat dialu-alukan kerana ia memupukkan sikap cintakan negara serta menghargai sumbangan pejuang terdahulu yang telah menuntut kemerdekaan daripada penjajah.

Untuk Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Padang Merdeka pada 10 Ogos depan.

Turut hadir adalah Pegawai Tadbir Sebuyau Aziz bin Ahmad dan ketua masyarakat setempat. 

- Gambar ehsan RTM Sarawak
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment