Friday, November 18, 2016

Pelajar Unimas asal Kabong maut dalam kemalangan di Kuching



KABONG: Seorang pelajar Unimas yang berasal dari Kabong maut dalam kemalangan jalan raya pagi tadi.

Pelajar berkenaan dikenali sebagai Mohd Norfarhan Bin Dawa merupakan pelajar tahun 1 universiti berkenaan.

Menurut maklumat awal yang diterima, kemalangan kendiri berkenaan berlaku di bahu Jalan Jati, Kolej Tun Ahmad Zaidi.

Dalam insiden yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.50 pagi itu, mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan ke kuliah dengan menunggang motosikal jenis Yamaha LC berwarna putih.

Bahagian Keselamatan, Polis Bantuan UNIMAS telah bertindak mengawal keadaan di lokasi kejadian serta menghubungi ambulans dan pihak PDRM.

Jenazah mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk siasatan lanjut.

Mangsa adalah merupakan anak ke tiga kepada Sarjan Dawa Ahmad salah seorang pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di Sibu Manakala ibu mangsa pula merupakan seorang guru yang juga bertugas di Sibu.

Menurut ahli keluarga terdekat mangsa, jenazah mangsa akan dibawa balik ke Kabong untuk disemadikan.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment