Thursday, December 7, 2017

Pak Tambang Bimbang Dengan Masa Depan Mereka


Jambatan Darul Hana sememangnya satu daya tarikan pelancong yang terkini di bandaraya Kuching. Namun bagi seorang Pak Tambang, kewujudan daya tarikan ini telah membuat masa depan mereka dalam bayangan yang kekaburan.

Rohadi Peri, 60, telah memulakan rutin harian mencari rezeki di Sungai Sarawak sejak 45 tahun yang lalu dengan berulang-alik mengangkut penumpang di antara Pangkalan Sapi ke Tebingan Kuching.

Beliau yang memulakan operasi seawal jam 6.30 pagi sehingga 8 malam berkata rata-rata penumpangnya setiap hari menurun dari 50 hingga ke 20 orang sahaja.

Rohadi yang berasal dari Kampung Niup, Kota Samarahan, menambah bahawa 50 sen untuk setiap penumpang tidak mencukupi untuk menampung kos dan upahnya.

Beliau berharap agar ada jalan penyelesaian supaya perahu-perahu tradisional ini akan terus menjadi daya tarikan supaya ia tidak hilang ditelan dek arus pemodenan.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment