KUCHING: Bagi mengurangkan pertemuan bersemuka, Sarawak Energy meminta para pelanggannya menggunakan platform dalam talian untuk urusan pembayaran bil elektrik.
Pengurus Besar (Runcit) Sarawak Energy Ng Shou Fui berkata, kini Sarawak Energy sedang dalam usaha menyesuaikan diri dengan kelaziman baharu.
“Dalam melaksanakan tugas untuk membantu memutuskan rantaian Covid19, Sarawak Energy mendorong semua pelanggan untuk menggunakan platform dalam talian yang tersedia dan me-ngurangkan hubungan bersemuka sebanyak mungkin.
“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua kaunter perkhidmatan pelanggan Sarawak Energy ditutup sementara, malah bacaan meter dan penghantaran bil dari rumah ke rumah juga dihentikan sebagai langkah keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Tambah Shou Fui, pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian dengan memuat turun aplikasi mudah alih SEB Cares atau melalui https://sebcares.sarawakenergy.com. my/ untuk urusan berkaitan bacaan meter, pembayaran bil, melaporkan masalah teknikal dan pertanyaan.
“Pelanggan yang mempunyai akses tersebut, sila bayar bil secara digital dari rumah melalui pelbagai platform dalam talian yang tersedia.
“Kami juga berharap pelanggan memantau bil mereka dan melakukan pembayaran segera agar tidak perlu membayar jumlah yang besar setelah PKP ditamatkan,” ujarnya.
Jelasnya lagi, selain SEB Cares, pembayaran bil juga boleh dilakukan melalui platform alternatif seperti perbankan dalam talian atau melalui JomPay dan e-Wallet seperti Sarawak Pay dan Boost dengan mengimbas kod QR.
“Perkhidmatan transaksi untuk kawasan pedalaman juga tersedia di pejabat pos mini, kedai mesra Petronas, cawangan perbankan seperti RHB Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank menerusi mana-mana ejen BSN atau ePay,” katanya.
Bagi orang awam yang mempunyai pertanyaan mengenai masalah bil dan teknikal, boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan Sarawak Energy di talian 1300- 88-3111 atau emel ke customer.
Hubungi pusat khidmat
pelanggan Sarawak
Energy di talian
1300-88-3111 atau emel
ke customercare@
sarawakenergy.com