Sunday, June 21, 2020

Elektrik Percuma Untuk April, Mei, Dan Jun 2020










SETIAP penggunaan bawah 300kWj dengan bil RM77 ke bawah sebulan bakal menerima bekalan elektrik percuma selama tiga bulan iaitu April, Mei dan Jun 2020, dedah Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
“Seramai 7.66 juta pengguna akan mendapat manfaat daripada bantuan tersebut yang pada keseluruhannya berjumlah RM942 juta.

“Bantuan ini merupakan bayaran tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang dilaksanakan sejak 1 April lepas,” katanya seperti dipetik Astro AWANI.
Bagi pengguna yang telah membuat bayaran bagi tempoh tiga bulan tersebut, nilai itu akan dikreditkan semula pada bil bagi bulan Julai 2020.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut bersetuju untuk menghentikan aktiviti pemotongan bekalan elektrik sehingga 30 September ini.

1 comment:

  1. Harrah's Hotel and Casino Las Vegas - Mapyro
    Find 영천 출장마사지 Harrah's Hotel and Casino 통영 출장마사지 Las Vegas, NV, United States, United States, 08401 계룡 출장샵 reviews and 1492 밀양 출장안마 candid photos and videos of Harrah's Hotel and 남양주 출장안마 Casino Las Vegas,

    ReplyDelete